Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2025

​Isnin, 14 Rabiulakhir 1447H bersamaan 06 Oktober 2025M

Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan memperingati Hari Habitat Sedunia tahun ini dengan mengadakan Majlis Doa Kesyukuran. Majlis diadakan di Surau Jabatan Kemajuan Perumahan, di Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan.


Hadir selaku tetamu kehormat majlis Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.

_HDD5957.JPG _HDD5949.JPG 

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah dan kemudiannya diikuti dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah serta Doa Kesyukuran dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Hari Habitat Sedunia disambut pada Hari Isnin pertama bulan Oktober setiap tahun yang mana tema yang dipilih oleh Program Penempatan Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun ini ialah “Urban Crisis Response”.

JEMAAH PEREMPUAN.jpg _HDD5938.JPG

Turut hadir di Majlis yang diadakan ialah Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan; Ketua-Ketua Jabatan; Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai serta Kakitangan Kementerian Pembangunan. 

Attachments